Monday, January 31, 2011

kenangan terindah

ingat lagi tak bait-bait lagu kenangan terindah yag di dendangkan oleh sebuah band indonesia yang popular zaman remaja ku dahulu 'samson' ( mcm la sekarang dah dewasa ),best kan??.kalau yang tak berapa ingat lirik lagu tu tak pe..aku leh tolong ingatkan . eh!macam lagu ana rafalli la plak kan..tolong ingatkan aku..best apa lagu tu. juara lagu tuu.
ok la malas nak cakap panjang-panjang. jom kita layan lagu kenangan terindah jap. mana tau boleh flashback kenangan yang pernah tersimpan rapi dahulu..hahaha..

---------------------------------------------->>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Aku yang lemah tanpamu 
Aku yang rentan karena 
cinta yang tlah hilang darimu 
yang mampu menyanjungku 

Selama mata terbuka 
Sampai jantung tak berdetak 
selama itu pun 
aku mampu tuk mengenangmu 

Darimu, kutemukan hidupku 
Bagiku, kau lah cinta sejati 

Bila yang tertulis untukku 
Adalah yang terbaik untukmu 
Kan kujadikan kau kenangan 
Yang terindah dalam hidupku 
Namun takkan mudah bagiku 
Meninggalkan jejak hidupku 
Yang telah terukir abadi 
Sebagai kenangan yang terindah 

terbuai kejap bila layan lagu samson nih..kalu difikirkan banyak kenangan yang telah terukir sepanjang kita hidup di dunia fana ini. every body have memories accept me!!!kenangan terindah yang pernah aku alami adalah sewaktu im fall in love!!hahaha..semua orang pernah jatuh cinta kan..
kalau dah jatuh cinta semua benda jadi indah,semua benda jadi benar di mata kita. sebab  apa??sebab kita dah gilakan seseorang tu..kita dah sayangkan dia sepenuh hati dan jiwa raga kita..sebab tu orang "cakap cinta itu buta' betul ke cinta itu buta???
tak,cinta itu tak buta..tapi kita yang membutakan mata kita dengan  cinta palsu. kadang-kadang kita tahu pasangan kita buat salah,tp kita butakan hati,butakan mata,pekakkan telinga dan buat-buat tak tahu sebab kita terlalu sayangkan dia..
bercakap pasal cinta ni tak habis sebenarnya..
berbalik pasal kenangan terindah tadi..masa bulan puasa yang lepas-lepas...( maknanya dah lama la tu )..biasa la orang berchenta mesti la selalu pegi date kan..nak jadi cerita,masa aku pegi date dulu aku tak puasa ( perkara biasa bagi orang pempuan k,bukan sesaje )..masa tu baru kuar umah nak balik jerantut..tengah on da way pegi bus stop tetiba perut ku menyanyi..masa tu baru 12.30 pm..hahaha..apa lagi,si dia tanya la..

dia  :sayang lapar tak?
aku :eh! buat-buat tanya plak. tadi kan dah dengar perut sayang nyanyi.
dia  :sayang cuti kan? jom kita pegi md
aku :boleh ke abg?kan bulan puasa nih.
dia  :boleh, drive thru kan da.syg kan pempuan. laki je yang tak boleh makan. (sambil      tersengih)
aku : ok (sambil menganggukkan kepala )
 kitaorang pun tak melengah kan masa p la kat md n then menjamu selera..kat mana kitaorang menjamu selera tu biar lah menjadi rehasia..hahaha..bila di ingatkan memang melucukan.tp tu zaman gila-gila tau..sekarang dah baik..jurus..solehah..hehehehe ( puji diri sendiri la plak)

p/s :kenangan itu sebahagian daripada kehidupan kita..andai kenangan itu menyakitkan anggap lah ia sebagai mimpi..kerana satu masa nanti kenangan itu mungkin akan menjadi kenangan yang bermakna dan tak mustahil ia boleh menjadi satu sejarah untuk kita...

all bout me!!

My name is nur mun qaseh..(bukan nama sebenar)..tujuan blog ni di cipta adalah untuk menghilangkan kebosanan yang semakin melanda diri ini..ada sape2 kenal saya tak???huhuh
First ,aku nak citer pasal my job. aku keje kat hospital. Ha!disini aku nak tegaskan bahawa aku bukan keje sebagai doktor atau jururawat. itu yang aku pelik,asal keje hospital jer orang akan cakap aku jururawat a.k.a misi (kalu orang kampung panggil las) .Aku bertugas sebagai MLT (nama panjangnyer biarlah rahasia)..
sepanjang bekerja di hospital ni,bermacam-macam ragam yang aku. kadang-kadang mereka semua ni mencabar kesabaranku yang sememangnya telah nipis dikikis arus masa (cewahh..ayat..). tambah menyakitkan hati kalau ada staff kat tempat keje tu yang suka jaga tepi kain kita.ishhh, kadang-kadang tu memang stress. tp tak guna kalau kita nak stress pasal orang macam tuh!!
keje aku hari-hari ngadap benda yang sama seperti blood,urin,stool,sputum, semen n bla..bla..bla..(terlampau banyak).bosan kan? sememangnya amat membosankan..rasa mau resign sekarang jer. tp apakan daya,untuk hidup kena berduit.kalau mau duit mesti kena rajin keje..hadoiii..
kadang-kadang  terfikir gak,kenapa la aku ni tak dilahirkan dalam family yang kaya nih??(ishh,tak baik betol,mcm tak bersyukur jer aku ni kan??).hahaha.tp hidup macam ni pun ok apa. aku dah amat bersyukur sebab aku dapat keje berbanding ngan kengkawan ku yang lain masih lagi tanam anggur tu. kecian dorang..
dah la..aku dah nak tutup line dah ni..tak tau nak tulis apa lagi..hahahaha..no idea~
ZZZzzzzzZZZzzzzzZZZZz..